BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 14, 2012

Diana Lisa binti Alias - 5 Oktober 2012


Assalamualaikum…
Huk..huk..huk…
Blog ni memang blog 2 tahun sekali baru update..hehe.. Tu pun kalau masih ingat password ..hehe… Oklah sebelum terlupa marilah kita mengimbau detik-detik kelahiran Diana Lisa Binti Alias.

04.10.2012

Hari ni ada lawatan rutin ke Klinik Kesihatan Menggatal untuk pemeriksaan antenatal. Kalau ikut scan paling awal yang aku buat semasa mengandungkan Diana Lisa, hari ni adalah hari due date aku, tapi KKM bagi aku due date pada 09.10.2012. Masa pemeriksaan di klinik pada hari tu nurse ada tanya aku ada rasa perut mengeras ka tidak. Aku jawab ya. Aku tengok muka nurse tu macam terkejut. Dia cakap tu tanda-tanda ko mau bersalin uda tu. Dia siap pesan lagi kalau perut mengeras cepat2 pergi hospital.. Tapi sebenarnya perut aku memang mengeras sejak 2-3 minggu yg lepas lagi..ngeh..ngeh..ngeh..

05.10.2012 (Jumat yang indah)

Perut aku masa tu memang sentiasa mengeras sejak 2-3 minggu yang lepas. Tapi pagi tu kira-kira jam 4.00 pagi aku dapat rasa yang perut aku mengeras lain macam. Tapi aku buat macam biasa ja dan sambung tidur balik. Bangun tidur pagi tu aku pun fikir dua tiga kali mau p kerja ka tidak. Fikir punya fikir akhirnya aku buat keputusan untuk pergi kerja jugak pada hari tu. Masa tu aku sudah rasa perut mengeras dan sedikit rasa sakit.

Sampai di pejabat aku mula kira jarak masa contraction. Masa tu pun aku buat biasa ja macam tiada apa-apa. Aku Cuma bagitau sorang ja kawan aku…hehe.. lama-kelamaan aku rasa kontraksi makin kerap tapi tidak terlalu sakit. Aku sms hubby, hubby suruh bersiap untuk pergi hospital. Jam 12.00 tengahari hubby sampai. Sebelum hubby sampai kawan kerja sudah offer untuk hantar aku ke hospital tapi aku menolak. Bukan apa, sebenarnya masa tu aku rasa tahap kontraksi tu baru 2/10. Aku p hospital pun sebab semua kawan ofis suruh aku p hospital cepat2..hehehe.. dorang yang terlebih panic sebenarnya..ngeh..ngeh..ngeh..

Sampai di hospital aku terus ke bilik penilaian. Masa tu ramai jugak la yang sedang tunggu giliran untuk diperiksa. Semua pun muka tahan sakit yang macam mau bersalin sudah ni. Masa tu rasa bersalah plak aku, bkn apa masa tu aku bukan sakit sangat. Rasa macam menyemak jak di situ..hehe.. selepas 45 minit menunggu sampai sudah giliran aku untuk diperiksa…masa tu aku rasa mau bagi turn aku sama orang lain..hehe..

Doctor yang periksa aku masa tu doc perempuan yang sangat comel dan lembut. Selepas sesi suai kenal doc pun cakap mau cek bukaan. Masa doc seluk tu aku dapat rasa bahagian bawah tu masih sempit. Dalam hati aku mesti baru buka 1-2 cm ni. Aku tengok muka doc tu berkerut macam susah betul mau seluk. lepas tu doc terus arahkan nurse untuk buat CTG. Bila aku tanya doc sudah buka berapa cm doc cakap yang dia mau double confirm dulu. Masa tu dalam hati aku alah mesti belum ada bukaan ni..lama lagi la aku mau besalin ni..keciwa okey..

 Nurse datang buat CTG.. selepas proses CTG siap doc yang tadi tu datang dengan sorang lagi doc lelaki cina. Dia suruh plak doctor lelaki tu cek bukaan aku. Masa tu aku rasa alamak doc ni, bagus2 aku sudah dapat doc perempuan, dia p panggil plak doc lelaki…nasib badan la..huhu. masa doc tu seluk aku, aku boleh nampak dia besarkan mata dan tengok muka doc yg perempuan tadi tu dan cakap ..'wow so big'. 7 cm already. Terus aku huh? 7 cm? biar betul doc…dia seluk lagi n cakap ya confirm 7 cm. punya la aku happy. Ini bermakna beberapa jam lagi aku akan berjumpa ngan baby aku. Perasaan aku masa tu sangat indah. Cuma yang buat aku pelik, aku tidak rasa sakit pun. Kalau ikut pengalaman aku semasa melahirkan Iman dan Hadiff dulu, kalau bukaan sudah 7 cm rasa sakitnya memang sudah tidak tetanggung tu. Macam rasa kepala baby sudah mau keluar. Tapi kali ni berbeza plak.

Selepas doc lelaki cina tadi tu cek aku, aku ingat sudah selesai la sesi seluk-seluk ni, rupanya tidak ok. Doc perempuan yang comel lote ni masih tidak yakin plak. Dia panggil plak doc lelaki india. Doc ni aku nampak macam senior di situ. Doctor pakar mungkin sebab dari cara dia dan cara dia mengarah doc perempuan tu boleh nampak yang dia memang senior di situ. Dan hasil dari pemeriksan doc tu memang confirm la bukaan sudah 7 cm. terus doc pakar tu pecahkan air ketuban aku dan aku disorong ke bilik bersalin.

Seperti semasa aku bersalin Iman dan Hadif dulu, Mr Hubby aka Doktor cinta ada bersama aku untuk memberi kata-kata semangat semasa proses bersalin nanti. Semasa di bilik bersalin, aku dijaga oleh dua orang nurse yang sangat baik. Terasa macam bersalin di hospital swasta plak sebab layanan yang aku dapat memang sangat memuaskan. Selepas air ketuban dipecahkan barulah aku rasa kontraksi makin kuat. Tapi kalau dibandingkan dengan kelahiran sebelum ini rasa sakit yang aku rasa tu baru 4/10. Kalau masa iman dan hadif dulu mungkin tahapnya adalah 8-9/10. Serius rasa sakit kali ni sangat la lambat prosesnya. Sampaikan ada satu masa tu doc masuk dalam bilik aku dan suruh aku pilih ubat tahan sakit apa yang aku mahu, aku bleh plak jawab ‘saya tidak rasa sakit doc, macam mana saya mau pilih? Xpa la doc..hehe.. bengang doc tu aku jawab mcm tu…hehe..tapi serius aku x rasa sakit. Bukan la tidak sakit langsung. Tapi sakit yang masih boleh ditahan lagi. Aku Cuma rasa perut mengeras dan sedikit rasa sakit. Rasa mau meneran tu langsung tiada. Aku pun pelik.

 Disebabkan rasa mau meneran tu tiada, proses bukaan servik dari 7-10 cm tu sangat la lambat. Bidan yang jaga aku tu balik-balik tanya ‘belum ada rasa mau meneran lagi? Belum ada rasa mau berak?. Jawapannya belum… Walaupun kali ni aku tidak rasa sakit, tapi aku benci sebab terpaksa tunggu lama. Kalau la kontraksi tu kuat, mesti proses bersalin pun akan jadi lebih cepat. Selepas beberapa jam air ketuban dipecahkan, doc datang untuk cek bukaan aku lagi. Masa tu bukaan baru 8 cm…see? Punya la lambat. Masa Hadif dulu bukaan 7 cm pastu air ketuban dipecahkan, selepas 45 minit aku sudah selamat lahirkan hadiff. Tapi sakitnya memang macam mau puts nyawa.. tapi sekurang-kurangnya aku tidak perlu tunggu lama..

Selepas doc cek bukaan aku tu dok cakap kepala baby masih tinggi dan dia cakap mau tolong tarik kepala baby supaya bukaan jadi lebih cepat.. selepas doc buat proses tu dalam masa kurang setengah jam bukaan sudah menjadi 10 cm. tapi kepala baby belum turun sepenuhnya dan aku langsung tiada rasa mau meneran. Akhirnya aku terpaksa meneran bila kontraksi datang walaupun tiada rasa mau meneran. Ibaratnya terpaksa berak walaupun x rasa mau berak. Boleh bayangkan?

Setelah beberapa kali push dalam keadaan terpaksa tu, dengan kata2 semangat dari en. Hubby aka doctor cinta akhirnya aku berjaya push keluar kepala baby. Masa kepala baby sudah keluar, doc terus cakap ‘Patutla baby susah mau turun, rupanya tali pusat sudah melilit di leher baby. Jangan teran dulu ya mama, kita potong tali pusat dulu’. Selepas tali pusat dipotong aku teran balik untuk keluarkan badan baby. Selepas badan baby keluar terus doc tu cakap ‘tengok mama comelnya anak kamu, bergaya lagi, tengok ni dia pegang plak tali pusat tu’ trus doc tu dan nurse2 di situ ketawa..aku pun ketawa walaupun aku tidak nampak..hehe… tapi hubby nampak..

Selepas tu baby terus diletakkan di atas dada aku dalam keadaan yang masih diselaputi darah n mata terbuka memandang aku. Indahnya saat itu. Kalau korang baca pengalaman aku bersalin iman dan hadiff dulu, detik-detik macam ni tiada ok. Pengalaman baby diletak di dada sebelum dibersihkan selepas bersalin ni adalah yang pertama bagi aku walaupun anak aku sudah 3. Disebabkan terlalu gembira aku terus minta izin doc untuk ambil gambar detik2 indah tu n doc benarkan. Sementara doc cek koyakan, aku n hubby sibuk bergambar..hehe.. baby lahir tepat jam 6.10 petang 5 Oktober 2012.


diana lisa selepas dibersihkan

Malam pertama kami

Untuk kelahiran kali ini, tiada proses menjahit. Aku pun pelik bila doc cakap tiada jahitan. Aku tanya doc ‘x apa2 ka doc kalau x jahit ?’ terus doc jawab ‘Tiada yang koyak atau luka, apa yang mau dijahit?’ Terus aku diam..hehe.. Selepas beberapa minit, baby di bawa untuk dibersihkan. Aku pun dibersihkan apa yang patut.


Doctor cinta bersama-sama aku sampai semua proses selesai. Dsebebkan tiada jahitan, aku terus boleh buang air kecil dan besar dengan selesa selepas beberapa jam bersalin. Selepas semuanya selesai baru aku rasa lapar. Baru aku ingat yang aku Cuma sempat makan kuih pada pagi tadi. Nasib baik aku ada tenaga yang cukup untuk push.. Aku minta hubby untuk tapaukan makanan. . tapi aku Cuma makan sikit sebab aku cukup teruja melihat baby kami yang pada mata aku sangat la comel..hehe.. aku direhatkan sebelum discaj dari bilik bersalin. Tapi aku langsung x boleh tidur sebab terlalu excited..hehe.. hubby yg tidur sebab dia cakap dia sangat letih. See? Bagi semangat pun letihka? Kalah ibu yang bersalin..hehe.. kami discaj dari bilik bersalin pada jam 10.45 malam…

Malam pertama kami tidur bersama, aku tidak dapat tidur dengan lena sebab aku terlalu excited menunggu hari siang sebab x sabar mau bawa Diana pulang untuk aku tunjukkan pada semua betapa comelnya dia..hehe..(blog sendiri puji anak sendiri) hehe…

Oklah sampai di sini saja..jumpa lagi (kalau rajin)..hehe

0 comments: