BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 14, 2012

Diana Lisa binti Alias - 5 Oktober 2012


Assalamualaikum…
Huk..huk..huk…
Blog ni memang blog 2 tahun sekali baru update..hehe.. Tu pun kalau masih ingat password ..hehe… Oklah sebelum terlupa marilah kita mengimbau detik-detik kelahiran Diana Lisa Binti Alias.

04.10.2012

Hari ni ada lawatan rutin ke Klinik Kesihatan Menggatal untuk pemeriksaan antenatal. Kalau ikut scan paling awal yang aku buat semasa mengandungkan Diana Lisa, hari ni adalah hari due date aku, tapi KKM bagi aku due date pada 09.10.2012. Masa pemeriksaan di klinik pada hari tu nurse ada tanya aku ada rasa perut mengeras ka tidak. Aku jawab ya. Aku tengok muka nurse tu macam terkejut. Dia cakap tu tanda-tanda ko mau bersalin uda tu. Dia siap pesan lagi kalau perut mengeras cepat2 pergi hospital.. Tapi sebenarnya perut aku memang mengeras sejak 2-3 minggu yg lepas lagi..ngeh..ngeh..ngeh..

05.10.2012 (Jumat yang indah)

Perut aku masa tu memang sentiasa mengeras sejak 2-3 minggu yang lepas. Tapi pagi tu kira-kira jam 4.00 pagi aku dapat rasa yang perut aku mengeras lain macam. Tapi aku buat macam biasa ja dan sambung tidur balik. Bangun tidur pagi tu aku pun fikir dua tiga kali mau p kerja ka tidak. Fikir punya fikir akhirnya aku buat keputusan untuk pergi kerja jugak pada hari tu. Masa tu aku sudah rasa perut mengeras dan sedikit rasa sakit.

Sampai di pejabat aku mula kira jarak masa contraction. Masa tu pun aku buat biasa ja macam tiada apa-apa. Aku Cuma bagitau sorang ja kawan aku…hehe.. lama-kelamaan aku rasa kontraksi makin kerap tapi tidak terlalu sakit. Aku sms hubby, hubby suruh bersiap untuk pergi hospital. Jam 12.00 tengahari hubby sampai. Sebelum hubby sampai kawan kerja sudah offer untuk hantar aku ke hospital tapi aku menolak. Bukan apa, sebenarnya masa tu aku rasa tahap kontraksi tu baru 2/10. Aku p hospital pun sebab semua kawan ofis suruh aku p hospital cepat2..hehehe.. dorang yang terlebih panic sebenarnya..ngeh..ngeh..ngeh..

Sampai di hospital aku terus ke bilik penilaian. Masa tu ramai jugak la yang sedang tunggu giliran untuk diperiksa. Semua pun muka tahan sakit yang macam mau bersalin sudah ni. Masa tu rasa bersalah plak aku, bkn apa masa tu aku bukan sakit sangat. Rasa macam menyemak jak di situ..hehe.. selepas 45 minit menunggu sampai sudah giliran aku untuk diperiksa…masa tu aku rasa mau bagi turn aku sama orang lain..hehe..

Doctor yang periksa aku masa tu doc perempuan yang sangat comel dan lembut. Selepas sesi suai kenal doc pun cakap mau cek bukaan. Masa doc seluk tu aku dapat rasa bahagian bawah tu masih sempit. Dalam hati aku mesti baru buka 1-2 cm ni. Aku tengok muka doc tu berkerut macam susah betul mau seluk. lepas tu doc terus arahkan nurse untuk buat CTG. Bila aku tanya doc sudah buka berapa cm doc cakap yang dia mau double confirm dulu. Masa tu dalam hati aku alah mesti belum ada bukaan ni..lama lagi la aku mau besalin ni..keciwa okey..

 Nurse datang buat CTG.. selepas proses CTG siap doc yang tadi tu datang dengan sorang lagi doc lelaki cina. Dia suruh plak doctor lelaki tu cek bukaan aku. Masa tu aku rasa alamak doc ni, bagus2 aku sudah dapat doc perempuan, dia p panggil plak doc lelaki…nasib badan la..huhu. masa doc tu seluk aku, aku boleh nampak dia besarkan mata dan tengok muka doc yg perempuan tadi tu dan cakap ..'wow so big'. 7 cm already. Terus aku huh? 7 cm? biar betul doc…dia seluk lagi n cakap ya confirm 7 cm. punya la aku happy. Ini bermakna beberapa jam lagi aku akan berjumpa ngan baby aku. Perasaan aku masa tu sangat indah. Cuma yang buat aku pelik, aku tidak rasa sakit pun. Kalau ikut pengalaman aku semasa melahirkan Iman dan Hadiff dulu, kalau bukaan sudah 7 cm rasa sakitnya memang sudah tidak tetanggung tu. Macam rasa kepala baby sudah mau keluar. Tapi kali ni berbeza plak.

Selepas doc lelaki cina tadi tu cek aku, aku ingat sudah selesai la sesi seluk-seluk ni, rupanya tidak ok. Doc perempuan yang comel lote ni masih tidak yakin plak. Dia panggil plak doc lelaki india. Doc ni aku nampak macam senior di situ. Doctor pakar mungkin sebab dari cara dia dan cara dia mengarah doc perempuan tu boleh nampak yang dia memang senior di situ. Dan hasil dari pemeriksan doc tu memang confirm la bukaan sudah 7 cm. terus doc pakar tu pecahkan air ketuban aku dan aku disorong ke bilik bersalin.

Seperti semasa aku bersalin Iman dan Hadif dulu, Mr Hubby aka Doktor cinta ada bersama aku untuk memberi kata-kata semangat semasa proses bersalin nanti. Semasa di bilik bersalin, aku dijaga oleh dua orang nurse yang sangat baik. Terasa macam bersalin di hospital swasta plak sebab layanan yang aku dapat memang sangat memuaskan. Selepas air ketuban dipecahkan barulah aku rasa kontraksi makin kuat. Tapi kalau dibandingkan dengan kelahiran sebelum ini rasa sakit yang aku rasa tu baru 4/10. Kalau masa iman dan hadif dulu mungkin tahapnya adalah 8-9/10. Serius rasa sakit kali ni sangat la lambat prosesnya. Sampaikan ada satu masa tu doc masuk dalam bilik aku dan suruh aku pilih ubat tahan sakit apa yang aku mahu, aku bleh plak jawab ‘saya tidak rasa sakit doc, macam mana saya mau pilih? Xpa la doc..hehe.. bengang doc tu aku jawab mcm tu…hehe..tapi serius aku x rasa sakit. Bukan la tidak sakit langsung. Tapi sakit yang masih boleh ditahan lagi. Aku Cuma rasa perut mengeras dan sedikit rasa sakit. Rasa mau meneran tu langsung tiada. Aku pun pelik.

 Disebabkan rasa mau meneran tu tiada, proses bukaan servik dari 7-10 cm tu sangat la lambat. Bidan yang jaga aku tu balik-balik tanya ‘belum ada rasa mau meneran lagi? Belum ada rasa mau berak?. Jawapannya belum… Walaupun kali ni aku tidak rasa sakit, tapi aku benci sebab terpaksa tunggu lama. Kalau la kontraksi tu kuat, mesti proses bersalin pun akan jadi lebih cepat. Selepas beberapa jam air ketuban dipecahkan, doc datang untuk cek bukaan aku lagi. Masa tu bukaan baru 8 cm…see? Punya la lambat. Masa Hadif dulu bukaan 7 cm pastu air ketuban dipecahkan, selepas 45 minit aku sudah selamat lahirkan hadiff. Tapi sakitnya memang macam mau puts nyawa.. tapi sekurang-kurangnya aku tidak perlu tunggu lama..

Selepas doc cek bukaan aku tu dok cakap kepala baby masih tinggi dan dia cakap mau tolong tarik kepala baby supaya bukaan jadi lebih cepat.. selepas doc buat proses tu dalam masa kurang setengah jam bukaan sudah menjadi 10 cm. tapi kepala baby belum turun sepenuhnya dan aku langsung tiada rasa mau meneran. Akhirnya aku terpaksa meneran bila kontraksi datang walaupun tiada rasa mau meneran. Ibaratnya terpaksa berak walaupun x rasa mau berak. Boleh bayangkan?

Setelah beberapa kali push dalam keadaan terpaksa tu, dengan kata2 semangat dari en. Hubby aka doctor cinta akhirnya aku berjaya push keluar kepala baby. Masa kepala baby sudah keluar, doc terus cakap ‘Patutla baby susah mau turun, rupanya tali pusat sudah melilit di leher baby. Jangan teran dulu ya mama, kita potong tali pusat dulu’. Selepas tali pusat dipotong aku teran balik untuk keluarkan badan baby. Selepas badan baby keluar terus doc tu cakap ‘tengok mama comelnya anak kamu, bergaya lagi, tengok ni dia pegang plak tali pusat tu’ trus doc tu dan nurse2 di situ ketawa..aku pun ketawa walaupun aku tidak nampak..hehe… tapi hubby nampak..

Selepas tu baby terus diletakkan di atas dada aku dalam keadaan yang masih diselaputi darah n mata terbuka memandang aku. Indahnya saat itu. Kalau korang baca pengalaman aku bersalin iman dan hadiff dulu, detik-detik macam ni tiada ok. Pengalaman baby diletak di dada sebelum dibersihkan selepas bersalin ni adalah yang pertama bagi aku walaupun anak aku sudah 3. Disebabkan terlalu gembira aku terus minta izin doc untuk ambil gambar detik2 indah tu n doc benarkan. Sementara doc cek koyakan, aku n hubby sibuk bergambar..hehe.. baby lahir tepat jam 6.10 petang 5 Oktober 2012.


diana lisa selepas dibersihkan

Malam pertama kami

Untuk kelahiran kali ini, tiada proses menjahit. Aku pun pelik bila doc cakap tiada jahitan. Aku tanya doc ‘x apa2 ka doc kalau x jahit ?’ terus doc jawab ‘Tiada yang koyak atau luka, apa yang mau dijahit?’ Terus aku diam..hehe.. Selepas beberapa minit, baby di bawa untuk dibersihkan. Aku pun dibersihkan apa yang patut.


Doctor cinta bersama-sama aku sampai semua proses selesai. Dsebebkan tiada jahitan, aku terus boleh buang air kecil dan besar dengan selesa selepas beberapa jam bersalin. Selepas semuanya selesai baru aku rasa lapar. Baru aku ingat yang aku Cuma sempat makan kuih pada pagi tadi. Nasib baik aku ada tenaga yang cukup untuk push.. Aku minta hubby untuk tapaukan makanan. . tapi aku Cuma makan sikit sebab aku cukup teruja melihat baby kami yang pada mata aku sangat la comel..hehe.. aku direhatkan sebelum discaj dari bilik bersalin. Tapi aku langsung x boleh tidur sebab terlalu excited..hehe.. hubby yg tidur sebab dia cakap dia sangat letih. See? Bagi semangat pun letihka? Kalah ibu yang bersalin..hehe.. kami discaj dari bilik bersalin pada jam 10.45 malam…

Malam pertama kami tidur bersama, aku tidak dapat tidur dengan lena sebab aku terlalu excited menunggu hari siang sebab x sabar mau bawa Diana pulang untuk aku tunjukkan pada semua betapa comelnya dia..hehe..(blog sendiri puji anak sendiri) hehe…

Oklah sampai di sini saja..jumpa lagi (kalau rajin)..hehe

Monday, January 17, 2011

lagi-lagi Iman n Hadiff

salam.....

hari mau cerita pasal iman n hadiff lagi...dua org hero yang sangat aku sayang...kadang2 rasa macam tak percaya pula yang aku sudah ada dua org anak...mcm cepat ja masa berlalu....hari ni Iman genap 20 bulan dan 17 hari manakala Hadiff plak genap 7 bulan 2 hari....ok sekarang mari kita check perkembangan Iman dan Hadiff sekarang....

Muhammad Nur Iman Hyekal

1. Sudah makin pandai bercakap..pantang dengar org cakap semua dia akan ajuk balik... jgn la sebut nama aku depan dia, dia pun akan sebut gk tu.. kalau pegi jalan2 pun semua benda yang dia nampak dia akan sebut, mcm sakai plak tu..hehe.... 'ummi ungai = sungai bila nampak laut......bila nampak keta proton waja ja d jalan msti cakap ' ummi teta nenek = ummi kereta nenek...ummi munga.....na..na...munga = bunga... bila bawa p pasar ' ummi na itan= ikan..tu ummi itan....tetam ummi = ketam ummi..... n banyak lg la...kiranya kita sudah boleh bawa dia bersembang... Aku sebenarnya terkejut ngn perkembangan dia...cm sekejap ja dia dah kenal n boleh sebut semua benda...

2. Makin manja...manjanya mengalahkan adik dia...cian adik dia tu selalu dia buli.

3. Jgn x tau iman skrg mau tido sendiri uda . xmau tido atas katil lg....dia tido sorang2 di bawah. tido d tilam single...bla mlm dia bgn utk menyusu ja br aku akan turun bwh susukan dia..puas aku pujuk dia tido diatas tp dia x mau uda....pnh sekali dia uda tido d bawah aku angkat dia naik atas katil boleh2 dia terbangun n minta aku turunkan dia balik...nampak sdh bsr sgt la anak aku ni.( atau iman saja mau bg peluang ummi-abah tido bersama..hehe)

5. Skrg jgk iman agak obses dgn bulldozer...pantang nampak menjerit2 dia...sll klu kami balik kampung ke tuaran sepanjang jln darau-tuaran tu selang bbrp meter msti ada d tepi2 jln...sanggup dia x tido sbb mau tgk bulldozer tu...klu dlu br kuar simpang umah uda zzzzzzzzz.....

6. sangat terror merempit okeh....siap wat willey lg klu dia main keta2 dia tu...semua org kagum tgk dia merempit..

7. uda mula panggil aku ummi..tp kdg2 panggil mama jgk n panggil babah untuk abah dia...tp klu aku panggil abah dia 'abg' dia lg kuat panggil banggggggggggggg.......aiyoo mmg bdk umur2 ni cpt ja tangkap apa yg kita sebut. bijak kan..:)



Muhammad Nur Iman Hadiff.

1. Mat senyum....Hadiff sorg yg sgt senang dijaga kecuali la klu dia sakit...senyum ja memanjang..

2. skrg adif uda mula berjalan jauh ngn baby walker dia....

3. sudah mula untuk membina badan..makan 3-4 kali sehari. Pantang tgk org makan dia pun mau jgk cpt la tgn dia mau merampas..hehe

4. sangat suka dicium atau kacau muka dia..gigit2 ka, cubit2 pipi ka..mesti dia senyum memanjang...yg specialnya adiff ada lesung pipit...sgt comel bila dia senyum.


banyak lagi la...bila cerita ttg anak2 ni rasanya sampai besok pun tak habis....rasa rindu plak ngn dorg skrg ni...k la daaaaaaaaaaa..............

Tuesday, December 7, 2010

ImanHyekal & Iman Hadiff

salam....

fuhhhhhhhh...banyaknya habuk d blog ni..maklum la tuan punya blog adalah sangat malas untuk menulis...haha...lamanya x cerita pasal perkembangan iman n hadiff kan....hehe...ni mau cerita la ni..

Iman Hyekal

hari ini umur iman lagi 3 hari masuk 1 tahun 9 bulan..besar uda anak ummi ni..uda jadi abang pun kepada baby hadiff...tapi walaupun iman uda ada adik..tapi iman lagi manja daripada adik dia..dia plak yang fully breastfeeding...langsung xmau minum susu formula...kalau siang sanggup x minum susu sehari suntuk..tapi sebelah petang..tengok ja aku smpi umah dia terus tarik aku masuk bilik n bf sepuas2nya.selagi x kenyang selagi tu dia tak mau lepaskan aku...

bercakap?

belum sepenuhnya lagi...tapi dia faham apa yang kita cakap..kalau suruh dia buat sesuatu pun dia bolehe buat..tapi kalau cakap, dia cuma sebut yang hujung2 ja...tapi kalau abah, mama, atuk , nenek, air tu pandai la..yg lain 2 seperti ni

ummi/abah : iman mari mandi

iman : ma / ba la' (tuala)

ummi/abah : iman jom jalan

iman : mbik pai (ambik selipar)

byk lagi la yg dia blh ckp tp pelat n hujung2...yg diatas tu ja la yg jelas....

iman jg sangat suka makan appeton dalam bentuk tablet tu...kejap2 dia minta tapi mana boleh bagi banyak, sebiji ja untuk sehari n disebabkan itu juga dia sangatlah kuat makan sekarang ni..nasi kicap pun licin apa lagi klu ada sayur..tapi skrg dia tidak mahu makan suap uda..mau mkn sendiri....tapi xpa la asal dia makan...

apa lagi eik? oh ya iman gak sekarang ni x suka suasana yg sunyi..klu d umah tu xda orang sepanjang hari la dia merengek sebab boring...itu x kena, ini x kena...memang boring la 2....

nakal? mmg sah la..klu x nakal bakan budak la namanya...panjat sana sini, jatuh nangis plak...mmg biasa la 2...


Iman Hadiff


skrg ni adiff uda masuk 5 bln 12 hari..baru hari ni dapat bawa dia p jarum untuk 5 bulsn tu....sebabnya last week dia demam..adiff ni agak sensetif dengan suhu sejuk....asal kena sejuk cepat betul batuk, berhingus n demam...sebab tu la sejak adiff lahir kami tidak pernah uda pakai ekon dlm bilik, ekon baru pasang sebulan sebelum adiff lahir pas 2 x boleh pakai dah sebab adiff sensetif.

adiff sekarang sudah pandai meniarap n seorang bayi yang sentiasa bermood baik..yang penting kena rajin bawa dia cerita..klu tak bawa dia cakap mula dia merengek..tapi kejap ja la pas tu mood dia ok balik...dia hanya akan nnangis bila dah ngantuk sangat n lapar ja...sangat senang dijaga..cumanya dia ni suka sangat berjaga malam....macam membalas dendam plak..kalau aku ada d umah memang x tido...kalau hari ahad sepanjang hari x tido, mau main saja..klu isnin-sabtu malam plak dia x tido..tapi siang tido memanjang....memang kes rindu dengan ummi la ni sebab tu klu ummi ada d umah dia maanfaatkan setiap saat yang ada untuk main dengan ummi..pandainya anak ummi ni...hehe...tapi itu kisah beberapa bulan yang lalu...sekarang ni dia uda jarang tido lewat..selalu jam 8 malam macam 2 dia uda tido n hanya bangun untuk menyusu...

kadang2 aku rasa penat sangat..yalah menyusukan 2 anak sekali gus buksnlah pekara yang mudah..mau stopkan iman bf x sampai hati rasanya...yelah tiap2 malam aku tido diantara iman n adiff...blh dikatakan tidur malam ku hampir tiada sebab kejap2 bangun untuk menyusukan adiff, pas adif dah kenyang, iman plak bangun, pas tu adiff balik smpilah pagi...blh bayangkan? hehe..penat memang sangatlah penat lebih2 lagi aku bekerja memang la xda rehat...tp demi anak2 aku snggup berkorban...air susu tu bagiku adalah rezeki dorang..selagi ada rezeki dorang untuk menyusu dengan aku, aku akan berikan selagi aku mampu.

untuk iman n hadif....

iman n adiff sayang..ummi harap suatu hari nanti bila anak2 umi ni sudah besar kamu dapat baca coretan ummi ni...ummi sangat sayang kamu berdua apa pun ummi sanggup korbankan utk kamu...mungkin kamu bukan seperti kak mia, kak eza n aloy yang siang malam blh berkepit dengan ibu2 mereka..ummi minta maaf sebab tiada di rumah waktu siang...ummi kerja untuk masa depan kamu...ummi mau kamu ada apa yang org lain ada..ummi mau kamu hidup senang sayang..sebab tu ummi kerja cari duit untuk kamu supaya kita boleh beli rumah, kereta untuk kita jalan2 n ummi boleh belikan kamu buku bila kamu belajar nanti...percayalah ini semua untuk masa depan kamu berdua...
ummi sangat-sangat sayangkan kamu n ummi doakan kamu berdua jadi anak yang baik yang menyayangi ummi n abah juga..jadi anak yang mendengar kata ya sayang..bila2 kamu rasa perlu, kamu boleh datang peluk n cium ummi..ummi tunggu, ummi bahagia bila kamu buat macam tu.

k la , aku harap akan lebih rajin mengupdate blog lepas ni..hehe
daaaaaaaaaaa.........

Tuesday, August 17, 2010

Detik2 kelahiran Muhammad Nur Iman Hadiff

25.06.2010

tarikh ni merupakan tarikh jangkaan aku besalin..tp langsung xda tanda2 aku nk besalin. hari ni jg aku ada temujanji ngn doc..memandangkan lum ada apa2 tanda doc bg tempoh lg 9 hari, klu x besalin gk, doc suruh msk wad utk induce..aduh aku dh rasa x sbr sgt nk besalin ni..klu ble hari ni jgk aku nk induce..tp doc ckp sabarrrrrrr.. hampa rasanya x besalin lg cz aku jangkakn aku akn besalin awal mcm kebanyakan org memandangkan ini merupakan kandunganku yg kedua.

26.06.2010

jam lbh kurang 1 am..perutku rasa sakit yg amat..confirm tanda besalin ni..ini merupakan kontraksi pertama aku utk kandungan ini n rasanya sgt sakit.berbeza ngn iman dlu, iman dlu sakitnya beperingkat2 tp kalini x, setiap kontraksi yg dtg sangatlah sakit..

jam lbh kurang 3.30am kmi gerak ke hospital, smpi d hospital doc cek bukaan br 3 cm..aku dimasukkan ke wad sementara menunggu bukaan lbh bsr..disebabkan wad penuh, aku dimasukkan ke wad kelas 2,sgt selesa..kontraksi dtg lbh kerap n sangatlah sakit, smpi aku xble nk ckp..

selepas dr subuh td, xda doc yg dtg cek bukaan aku, aku dh sakit sgt ni tp air ketuban lum pch lg..jam dh hampir 4.30 ptg..aku dh x tahan..aku suh hubby panggil doc, tp ms 2 doc xda..nurse kt situ suh tnggu..aku dh rasa sakit sgt..aku suh hubby panggil lg..disebabkan doc xda, nurse yg dtg cek aku..cek2 bukaan dh 7cm okey..ptt la sakit sgt...trus air ketuban aku dipecahkan n aku dhantar ke bilik besalin.

di bilk besalin pas aku dipsg CTG, aku dtinggalkn sendiri..ms ni hubby lum msk lg..aku dh rasa baby nk kuar, lonceng kecemasan plak aku xdpt capai..so apa lg aku teriak sekuat hati.....tolooonnnnnggggg..belari doc msk bilik aku, doc cek dh npk rambut baby, doc cpt2 suh kol hubby..dgn 2 kali teran ja Iman Hadiff selamat dilahirkn..sgt sng..jam 5.15ptg Hadiff lahir..proes menjahit pn sekejap ja..sbb hya 2 jahitan, doc ckp koyakan x byk..hubby menemani aku smpi aku discaj dr bilik bsalin...besalin petama dlu meneran hmpir sejam br iman kuar, 2pun ngn bantuan vacuum, proses menjahit pun lbh stgh jam.

selepas Hadiff dibersihkan, hadiff dihantar kpdku utk disusukan..ini merupakan pengalaman pertamaku menyusukn bayi lps bbrp minit dilahirkn. ms iman dlu 15 jam lps lahir br aku dpt susukn dia, sbbnya slps lahir dia dmasukkan ke NICU cz kepala dia ada luka skit sbb d vacuum n sbb dia x nangis ms dilahirkn..tp alhamdulillah smuanya selamat.

jam lbh kurang 9.30mlm aku discaj dr bilik besalin..d luar iman n mama menunggu kmi..bila kuar ja n npk iman aku trus nangis sbb aku rindu dia, dia pn nangis n minta aku dukung dia...sedihnya sbb xdpt dukung dia..

wpun proses melahirkn kali ni sgt sakit tp aku rasa sgt sng. sakit mgkin sbb aku x smpt ambil apa2 ubat tahan sakit..ms meneran 2 aku rasa mcm nk kentut je..haha..tup tup Hadiff dh kuar...iman dlu wpun agak susah nk lahirkn dia tp aku x rasa sakit...ms menjahit wpun lama aku x rasa apa2pun...sbb 2 pas bsalin iman dlu bila org tanya 'sakit x besalinn?..aku msti jwb 'tidak'. tp kalini klu org tnya, jwpnnya ialah 'ya'..hehe..

k la..gmbr insyaAllah akn d upload kemudian.

Friday, June 18, 2010

menunggu hari..

alhamdulillah..ari ni genap kandunganku 39 minggu..n bila2 masa adik iman akan lahir..makin dkt makin lama plak aku rasa..mgkin sbb trlalu excited kot nk cium bau baby..sejak semalam baby asyik mengeras je..sgt x selesa..tp mgkin itu tanda2 awal baby dh nk kuar kot..

syg..cpt la kuar...ummi dh x sbr ni..
abah n abg iman pn x sbr tau...hehe..abg iman tau ka?hehe

Friday, May 7, 2010

Resah Gelisah..

sy resah..sy gelisah..knp? sbb iman demam..panasnya bdn dia..smlm dia xdpt tido ngn lena..cian dia..xmau mkn n minum susu jgk..dia hanya mau bf ngn sy..cmana la nk kenyang ngn air susu yg x seberapa ni...ciannya ank ummi ni..

iman..cpt sembuh ya syg..ummi risau btl ni..

love u syg......

Tuesday, April 27, 2010

ngantuknya............

alahai ngantuknya..smua ni sbb smlm iman bgn jam 1 pg n hanya tido balik pd jam 4 pg... smlm iman tido agak awal..sblm jam 7 mlm dia dh tido..dia ni mmg jarang sgt bgn tgh mlm kecuali utk menyusu n pas menyusu biasanya dia akan tido balik..

smlm pas menyusu jam 1 pg 2 sy dgr dia ckp 'Thomm'..bila sy tgk kat dia, dia senyum lebar n mata pun segar bugar..mmg nk ajak bermain..sy pun layan la...sy ada gk wat pura2 tido supaya dia pn ikut tido..tp apa yg dia buat? dia p korek idung, mata n pusat sy..adoi..abah dia pn dia wat mcm 2..pas 2 ketawa la dia..nakalnya..nasib baik dia x bw sy kuar dr bilik..dia hnya nk main golek2 n gomol2...

cmna la iman klu dh dpt adik nti ya? jeleskah dia?.ya iman skrg masih bf ngn sy..n minum susu formula jgk..sy ingt nk terus bfkn dia bila adik dia lahir ni..x la membazir susu..dlu byk jgk susu yg terbuang..air susu sy ni kira byk la jgk..sekali pam ble dpt smpi 5oz..2 br sekejap pam 2..tp mampukah sy nk bfkn 2 baby? msti letihkn? dlu oman sekali menyusu smpi lebih sejam...penat tp best dpt cium bau baby..skrg iman klu bf dia suka pgg perut sy..cm dia peluk sy la..dia suka korek pusat sy gk n suka gentel2 B yg lg 1..

lusa kandungan sy nk masuk 32 minggu..lg 4 minggu dh masuk full term..dh ble besalin bila2 masa..kesibukan membesarkn iman wat sy x sr masa berlalu..dlu ms prgnantkn iman sy rasa lambat sgt masa berlalu..yelah excited la katakan..masa 2 kandungan sy br msk 6-7 bln sy dh siapkn bag n baju utk p hospital..tiap2 hari p belek2 bj baby..heeh..

tp utk adik iman ni sy lum kemas apa2 lg..yelah dh ada pengalaman pertama kn dh tau bila ms nk mula bekemas..cuti hujung minggu ni sy ingat nk mula basuh baju2 adik iman..pas 2 br kemas msk bag..memandangkan iman bakal dpt adik lelaki insyaAllah..so xbyk brg sy nk beli lg..tp sy ada gk beli baju baru utk dia..xkn nk pki smua yg 2nd hand kn..tp bj2 abang dia dlu pun dia ble pki gk..masih byk n baru lg..ada jgk yg iman x smpt pki pn sbb iman cpt besar n ada yg ummi dia xsmpt nk pkikn sbb lupa..haha..brg yg bsr2 smua dh ada..buai, tilam, baby kot,tp sy ingt nk beli stroller baru utk adik iman..sy xpuas hati ngn stroller yg ada skrg..dulu ingt nk cr yg murah ja..tp kualiti mmg x puas hati..so nti nk cr baru la..sy uda ada yg berkenan d hati uda ni..tggal nk rembat ja..huahaha..

sy dijangka bersalin pd 25.06.2010..so maknanya sy akan bercuti smpi bln posa..kn lg best klu besalin bln 7 so boleh la bercuti smpi pas raya...huahaha..bercuti ms kenaikan gaji plak 2...bestnya...........

k la..
nk p mamam dlu ni..
daaaaaaaa.........